Di Ruang Atas, Gereja Taat dan Berdoa
Penulis: Rev. Fazli Samil
Sabah Reformed Presbyterian Church Amanat Agung, Kota Kinabalu
Teks
Kisah Para Rasul 1:12-14 (TB) (12) Maka kembalilah rasul-rasul itu ke Yerusalem dari bukit yang disebut Bukit Zaitun, yang hanya seperjalanan Sabat jauhnya dari Yerusalem. (13) Setelah mereka tiba di kota, naiklah mereka ke ruang atas, tempat mereka menumpang. Mereka itu ialah Petrus dan Yohanes, Yakobus dan Andreas, Filipus dan Tomas, Bartolomeus dan Matius, Yakobus bin Alfeus, dan Simon orang Zelot dan Yudas bin Yakobus. (14) Mereka semua bertekun dengan sehati dalam doa bersama-sama, dengan beberapa perempuan serta Maria, ibu Yesus, dan dengan saudara-saudara Yesus.
Pendahuluan
Kisah Para Rasul 1: 12-14 membawa kita kepada sebuah tempat yang terlihat sederhana (ruang atas) namun memiliki makna rohani yang indah. Setelah menyaksikan kenaikan Kristus ke syurga, para murid tidak pulang dalam kebingungan atau ketakutan lagi. Sebaliknya, mereka kembali ke Yerusalem, sebagaimana yang telah diperintahkan kepada mereka, dan berkumpul dalam kesatuan serta berdoa. Di sinilah kita melhat 'wajah' gereja awal, dimana mereka: Taat dalam langkah, setia dalam persekutuan, dan tekun dalam doa.
Pertama sekali, mereka taat kepada perintah Yesus. Ayat 12 mencatat bahawa mereka "kembali ke Yerusalem dari bukit yang disebut Bukit Zaitun", ini adalah satu tindakan yang terlihat sederhana, namun penuh dengan makna ketaatan. Mereka tidak berpecah atau bertindak sesuka hati mengikut kemahuan mereka sendiri, sebaliknya mereka mengikuti perintah Tuhan Yesus. Hal ini menunjukkan bahawa asas kewujudan gereja bukan kerana keberanian semata-mata, tetapi kesetiaan untuk tinggal dan menunggu waktu Tuhan, secara tidak langsung gereja dimulai dengan ketaatan kepada firman Tuhan.
Kedua, mereka berkumpul sebagai satu tubuh. Dalam ayat 13, nama-nama para rasul disebut satu-persat. Ini menunjukkan bahawa mereka hadir secara peribadi di dalam persekutuan. Mereka tidak berdoa secara bersendirian, tetapi berkumpul bersama-sama. Kehadiran Maria, ibu Yesus, serta "saudara-saudara Yesus" memperlihatkan kesatuan antara keluarga, para rasul, dan para pengikut-pengikut lain. Ini merupakan gambaran awal gereja yang bersifat inklusif, bersatu padu, dan saling menyokong dan mendorong.
Ketiga, mereka bertekun dalam doa (ayat 14). Ini bukan doa satu-dua minit, tetapi satu amalan doa yang berterusan, penuh dengan ketekunan dan kesungguhan. Doa menjadi asas kekuatan gereja dalam masa penantian. Pada ketika itu, gereja belum menerima Roh Kudus, dan belum memulakan bersaksi seperti mana amanat Kristus, namun mereka memulai dengan hidup dalam doa yang konsisten. Di sinilah kita belajar bahawa doa bukan hanya penting dalam memulai pelayanan, tetapi merupakan inti utama kepada pelayanan itu sendiri. untuk lebih sistematik, saya akan mengariskan tiga point pembelajaran dan renungan bersama:
1. Ketaatan kepada Firman Kristus (ayat 12)
"Mereka kembali ke Yerusalem dari bukit yang disebut Bukit Zaitun..."
Para murid baharu sahaja menyaksikan peristiwa ilahi (kenaikan Kristus ke syurga). Namun, respon pertama mereka bukan kekecewaan, kesedihan, putus asa, sebaliknya mereka taat. Mereka mengikuti perintah Yesus untuk menunggu di Yerusalem (Kis. 1:4).
2. Kesatuan dalam Persekutuan (ayat 13)
"...mereka naik ke ruang atas tempat mereka tinggal..."
kalau kita perhatikan, nama-nama para rasul disebutkan satu-persatu, menandakan kehadiran secara peribadi dalam persekutuan. Juga ada Maria, ibu Yesus, dan saudara-saudara-Nya. Ruang atas menjadi simbol kesatuan tubuh Kristus sebelum misi besar dimulakan iaitu pemberitaan injil.
3. Ketekunan dalam Doa (ayat 14)
"Mereka semua bertekun dengan sehati dalam doa bersama-sama..."
Perkataan “bertekun” menunjukkan semangat, dan konsistensi. Mereka tidak tahu bilakah Roh Kudus akan memenuhi mereka, namun mereka tidak berhenti berharap dan berdoa dengan sepenuh hati kepada Allah.
Comments
Post a Comment