APOLOGETIK: ADAKAH SESEORANG YANG TIDAK BERTUMBUH DALAM PENGUDUSAN BENAR-BENAR DISELAMATKAN?

Penulis: Esther Lonnie Baking (SRPCAA)

Editor: Rev. Fazli Samil


Gambar Kiasan

Adakah seseorang yang tidak bertumbuh dalam pengudusan benar-benar diselamatkan? Persoalan ini menyentuh aspek apologetik, iaitu bagaimana iman Kristian menjawab setiap persoalan dengan baik dan berdasarkan ajaran Kitab Suci yang kita percayai. Persoalan ini berkaitan dengan persoalan Injil, sekiranya Injil tidak berupaya mengubah kehidupan seseorang, apakah bezanya dengan ajaran etika atau moral diluar sana? Jika pengudusan tidak dianggap sebagai bukti keselamatan, maka bagaimana kita dapat membezakan antara iman yang hidup dan iman yang mati?

Di sinilah kepentingan untuk kembali kepada Kitab Suci dan warisan iman Reformed yang sejati, yang secara konsisten menegaskan bahawa anugerah pembenaran juga adalah anugerah yang menguduskan. Dalam erti kata lain, keselamatan sejati tidak hanya melepaskan kita daripada hukuman dosa, tetapi juga membebaskan kita daripada kuasa dosa, sehingga hidup kita dibentuk dan diubah dalam kekudusan-Nya.

Jawaban: 

Penulis terlebih dahulu akan memberikan Presuppositional: "Seseorang yang tidak bertumbuh dalam pengudusan sudah pasti TIDAK SELAMAT!" 

Pertumbuhan dalam pengudusan merupakan bukti yang tidak dapat dipisahkan daripada keselamatan yang sejati. Pengudusan adalah proses di mana orang percaya, melalui pekerjaan Roh Kudus, dijadikan semakin serupa dengan Kristus. Maka, seseorang yang benar-benar diselamatkan akan menunjukkan tanda-tanda perubahan dalam hidupnya. Pembenaran dan pengudusan tidak boleh dipisahkan. Jika seseorang benar-benar telah dibenarkan oleh Allah, dia pasti akan bertumbuh dalam kekudusan (pengudusan). Ini bukan bermaksud orang percaya itu sempurna, tetapi sekurang-kurangnya terdapat bukti perubahan yang progresif dalam hidupnya.

Pengudusan tidak menyelamatkan, tetapi keselamatan sejati selalu menghasilkan pengudusan. Jika secara berterusan tidak ada perubahan (pengudusan) dalam hidup seseorang, itu dapat menjadi tanda bahawa iman yang dimilikinya palsu dan tidak sejati. Kita diselamatkan oleh iman, tetapi iman yang sejati tidak pasif, ia disertai dengan perubahan hidup yang nyata dan ketaatan sepenuhnya kepada kehendak Allah. Oleh itu, jika seseorang tidak menunjukkan sebarang pertumbuhan dalam kekudusan atau tidak ada kerinduan untuk hidup berubah dan diubah, maka dia harus memeriksa dirinya, seperti yang dikatakan dalam 2 Korintus 13:5: "Ujilah dirimu sendiri, apakah kamu tetap tegak di dalam iman. Selidikilah dirimu!"

Iman yang tidak disertai dengan perbuatan adalah iman yang mati (Yakobus 2:17, 26). Iman harus dibuktikan dengan perbuatan, kerana disitulah iman yang sejati dapat dilihat, bukanlah perbuatan itu yang menyelamatkan tetapi perbuatan menjadi bukti yang kuat bahawa kita memiliki iman yang sejati. keselamatan yang sejati akan selalu menghasilkan buah dan buah itu sendiri adalah hasil daripada pertumbuhan dalam pengudusan.

Ibrani 12:14 (TB)  ".......... dan kejarlah kekudusan, sebab tanpa kekudusan tidak seorang pun akan melihat Tuhan."

Roma 6:22 (TB)  Tetapi sekarang, setelah kamu dimerdekakan dari dosa dan setelah kamu menjadi hamba Allah, kamu beroleh buah yang membawa kamu kepada pengudusan dan sebagai kesudahannya ialah hidup yang kekal.

Matius 7:20 (TB)  Jadi dari buahnyalah kamu akan mengenal mereka. 


Soli Deo Gloria!

Comments

Popular posts from this blog

EVALUASI CRITICAL TERHADAP PELAKSANAAN KONFERENSI PMM

UNDUK NGADAU (HUMINODUN), PANDANGAN DAN SIKAP KRISTIAN

GEMBALA DAN MAJLIS GEREJA SALING MENGGIGIT?