APAKAH HUBUNGAN ANTARA IMAN, KASIH KARUNIA, DAN PERBUATAN BAIK BERDASARKAN EFESUS 2: 8-10
Penulis: Eduff Exl Elik
Pengenalan
Surat Efesus ini telah ditulis oleh Rasul Paulus untuk jemaat-jemaat di Efesus. Dalam Efesus 2
ini adalah bahagian yang menerangkan tentang keselamatan yang telah diberikan oleh Allah
kepada kita semua atas kasih karunia-Nya kepada kita melalui Yesus Kristus.
Pembahasan
Paulus menggambarkan manusia sebelum mengenal Kristus adalah “MATI”. Sebelum
diselamatkan, manusia hidup dalam dosa dan keinginan duniawi. Manusia juga tidak mampu
untuk berbuat apa-apa untuk diselamatkan.
Namun, dalam ayat yang ke-4. Walaupun manusia berdosa, kasih Allah yang sangat besar
telah menyelamatkan kita. Dimana dalam ayat yang ke-5, mengatakan bahawa “telah
menghidupkan kita bersama-sama dengan Kristus” dan paulus juga mengatakan bahawa “
oleh kasih karunia, kamu diselamatkan”.
Ini bermaksud, Keselamatan itu bukan hasil usaha kita sendiri, tetapi kerana belas kasihan
Tuhan lah yang telah menyelamatkan kita.
Dalam ayat yang ke-8, Paulus mengatakan “Sebab kerana kasih karunia kamu diselamatkan
oleh Iman”. Ayat ini bukan memberitahu kita bahawa keselamatan itu adalah memalui Iman.
Iman itu adalah percaya kepada Tuhan dan percaya bahawa Yesus Kristus adalah juruselamat.
Ramai sekali dalam gereja hari ini yang mengajarkan jemaat untuk hanya beriman kepada
Tuhan untuk diselamatkan. Iaitu hanya PERCAYA kepada Tuhan, itu sudah cukup untuk anda
diselamatkan.
Tetapi bukan itu yang dimaksudkan oleh Paulus dalam ayat ini. Sedangkan Paulus sendiri
mengatakan bahawa “ Itu bukan hasil usaha mu, tetapi pemberian Allah”. Jadi jelas disini,
bahawa iman itu bukan hasil usaha kita sendiri. Melainkan, iman percaya itu adalah respon
daripada penyelamatan Allah.
Allah sudah menyelamatkan kita, maka kita percaya. Bukannya, kita percaya kepada Allah,
maka kita akan diselamatkan.
Manakala, dalam ayat yang ke-10. Menerangkan bahawa, orang yang sudah diselamatkan
dijadikan untuk tujuan yang baik. Oleh itu, perbuatan yang baik itu adalah hasil daripada
keselamatan, bukan syarat untuk diselamatkan.
Kesimpulan
Kita sebagai manusia yang berdosa, tidak layak dan tidak mampu berbuat apa-apa untuk
diselamatkan. Namun, dengan Kasih Karunia Allah, kita dibenarkan oleh Allah untuk
diselamatkan melalui kematian Yesus kristus. Dan Iman adalah respon dari penyelamatan ini.
Dimana Kasih karunia dan Iman, kedua-duanya hasil pemberian Allah dan bukan hasil usaha
kita. Maka keselamatan yang sejati menghasilkan perbuatan baik. Bermaksud, orang-orang
yang diselamatkan, pasti akan berbuat baik.

Comments
Post a Comment