MAKNA "KAIN YANG KOTOR" DALAM YESAYA 64:6

Penulis: Moni Andrias

Pendahuluan

Dalam Yesaya 64:6, nabi Yesaya menggambarkan keadaan rohani umat Tuhan yang berdosa dengan menggunakan frasa “kain yang kotor.” Ayat ini menunjukkan betapa seriusnya dosa manusia di hadapan Tuhan yang kudus, walaupun manusia sering merasa dirinya "baik" melalui amal dan kesalehan. Ini bukan sekadar kotor yang biasa, tetapi sesuatu yang dianggap cemar secara ritual dan moral.

Pembahasan

Frasa "kain kotor" dalam bahasa Ibrani adalah "beged ‘iddim" ( עִדִּםי בֶּ֥גֶד ), yang secara harfiah merujuk kepada kain lap menstruasi atau kain lap haid, dianggap najis menurut hukum Taurat (Imamat 15:19-24).(Ini menggambarkan betapa buruknya rohani kita dihadapan Allah yang maha Suci)

Dengan menggunakan gambaran ini, nabi Yesaya menyatakan bahawa segala kesalehan dan perbuatan baik manusia tidak dapat menyelamatkan nyawanya dari penghukuman kekal atau dari murka Allah (kematian kekal), tanpa pertobatan dan anugerah dari Tuhan, adalah najis dan tercemar di mata Tuhan. Ini menunjukkan bahawa Tuhan melihat hati dan motivasi manusia, bukan sekadar tampilan luaran semata-mata.

Ayat ini juga menegaskan bahawa manusia, walaupun dengan segala usahanya, tentunya tidak dapat mencapai kesempurnaan yang Allah tetapkan untuk memenuhi standar kekudusan-Nya.

Ungkapan ini juga menekankan bahawa manusia memerlukan seorang penyelamat, dan penebusan dari dosa. Hanya melalui iman kepada Kristus dan pengorbanan-Nya, dosa-dosa itu dapat dihapuskan, maka hubungan manusia dan Allah sudah diperdamaikan oleh darah penebusan Kirstus (Rom5:10). Kita dibenarkan oleh kerana darah pengorbanan Kristus.

Saya akan membawa kita melihat Dari sudut pandang teologi Reformed, ayat ini berkaitan dengan doktrin “kerosakan total” (total depravity), yang menyatakan bahawa semua aspek kehidupan manusia telah dicemari oleh dosa. Oleh itu, amal kebaikan yang dilakukan tanpa iman dan pertobatan tetap tidak berkenan di hadapan Tuhan. Seperti yang dinyatakan dalam Efesus 2:8-9, keselamatan bukan berdasarkan usaha manusia, tetapi sepenuhnya oleh kasih karunia Tuhan melalui iman kepada Yesus Kristus.

Kesimpulan

Yesaya 64:6 memberi peringatan yang tegas bahawa manusia tidak boleh menyandarkan diri kepada amal dan kesalehan sendiri. Semua usaha manusia yang dilakukan tanpa Tuhan adalah seperti “kain yang kotor”,  tidak layak di hadapan-Nya. Sebaliknya, kita dipanggil untuk merendahkan diri, mengakui dosa, dan percaya kepada anugerah Tuhan yang membenarkan kita melalui pengorbanan Yesus Kristus. Inilah satu-satunya jalan kepada kesalehan yang sejati di hadapan Tuhan.

Comments

Popular posts from this blog

EVALUASI CRITICAL TERHADAP PELAKSANAAN KONFERENSI PMM

UNDUK NGADAU (HUMINODUN), PANDANGAN DAN SIKAP KRISTIAN

GEMBALA DAN MAJLIS GEREJA SALING MENGGIGIT?