Posts

LECTIONARY: YOHANES 14: 23-29 "DAMAI SEJAHTERA DARI ALLAH"

Image
Rev. Fazli Samil (SRPCAA) Pendahuluan Dewasa ini, istilah “damai” digunakan secara keliru, seolah-olah damai dapat dicipta dengan suasana yang tenang. Dunia menjual damai seperti ia menjual telefon bimbit, dibungkus dengan janji manis dan harapan tinggi, tetapi sering kali isinya jauh daripada apa yang dijanjikan. Dunia bertanya: “apakah anda mau mengalami damai?” Jangan hiraukan orang lain! pergilah bercuti! dapatkan lebih banyak wang! larilah dari masalah! dan cintailah diri sendiri!. Dunia menyimpulkan damai sebagai suatu pengalaman yang bebas tanpa tekanan, bebas dari konflik, dan bebas dari gangguan. Sedihnya, semakin ramai orang yang percaya bahawa mereka akan mendapatkan ketenangan melalui cara-cara ini. Kenyataannya, semakin manusia berlari mengejar damai versi dunia, semakin jauh mereka terperangkap dalam kegelisahan, kekosongan, dan kebimbangan yang tidak dapat di selesaikan. Apa yang lebih menyedihkan, gereja pun kadang-kadang terpengaruh dengan permainan ini. Lagu penyemba...

UNDUK NGADAU (HUMINODUN), PANDANGAN DAN SIKAP KRISTIAN

Image
Rev. Fazli Samil (SRPCAA) Gambar Kiasan Introduction Setiap kali seorang pemudi gereja menyertai Unduk Ngadau, muncullah beberapa respon dari kalangan jemaat. Ada yang bersorak gembira kerana, “Budaya kita diwakili!”; ada yang berbisik, “Bagaimana dia menjaga iman?”; dan ada juga yang memilih untuk diam, kerana bila mereka bersuara kata-kata mereka dianggap terlalu keras, menyakitkan dan tidak relevan. Maka, kita pun menjadi gereja yang kebinggungan, tidak tahu bila harus bersuara, dan tidak pasti mana yang terbaik, lalu terakhir kita diperhadapkan kepada pilihan: Salib atau simbol tradisi. Persoalannya bukan, bolehkah seorang Kristian mengikuti Unduk Ngadau?, tetapi lebih daripada itu: apakah maksud menjadi saksi Kristus? Apakah gereja akan terus meminjam suara dunia dibalik kata "kontekstual?" Lebih menyedihkan, banyak gereja hari ini lebih takut kehilangan kerjasama masyarakat daripada kehilangan suara kebenaran. Maka Unduk Ngadau pun dibiarkan sebagai “isu budaya”, tanpa...

DARI PENGEMIS MENJADI PENYEMBAH (KPR 3: 1-10)

Image
Rev. Fazli Samil (SRPCAA) Gambar kiasan Teks:  Kisah Para Rasul 3:1-10 (TB)  (1) Pada suatu hari menjelang waktu sembahyang, yaitu pukul tiga petang, naiklah Petrus dan Yohanes ke Bait Allah.  (2) Di situ ada seorang laki-laki, yang lumpuh sejak lahirnya sehingga ia harus diusung. Tiap-tiap hari orang itu diletakkan dekat pintu gerbang Bait Allah, yang bernama Gerbang Indah, untuk meminta sedekah kepada orang yang masuk ke dalam Bait Allah.   (3) Ketika orang itu melihat, bahwa Petrus dan Yohanes hendak masuk ke Bait Allah, ia meminta sedekah.   (4) Mereka menatap dia dan Petrus berkata: "Lihatlah kepada kami."   (5) Lalu orang itu menatap mereka dengan harapan akan mendapat sesuatu dari mereka.   (6) Tetapi Petrus berkata: "Emas dan perak tidak ada padaku, tetapi apa yang kupunyai, kuberikan kepadamu: Demi nama Yesus Kristus, orang Nazaret itu, berjalanlah!"   (7) Lalu ia memegang tangan kanan orang itu dan membantu dia ...

TANGAN TERLALU AKTIF, TAPI HATI KOSONG

Image
Rev. Fazli Samil (SRPCAA) Gambar Kiasan Tangan terlalu Aktif mengambarkan seseorang yang banyak tugas, banyak pelayanan dan banyak jawatan. Namun, Apakah b anyak tugas, pelayanan dan jawatan menjamin hubungan yang dekat dengan Tuhan?  Dalam bergereja masa kini, ukuran kerohanian seseorang sering kali ditentukan oleh seberapa aktifnya dia melayani: menjadi pemimpin pujian, mengajar kelas, merancang acara, mengetuai jawatankuasa, atau sibuk sepanjang minggu dengan pelbagai program gereja. Namun, satu persoalan yang jarang dibangkitkan adalah: adakah kesibukan dalam pelayanan benar-benar menunjukkan bahawa seseorang itu memiliki hubungan yang sejati dengan Tuhan? Kalau kita jujur dengan diri sendiri, kita akan mengakui bahawa pelayanan kadangkala dijadikan sebagai tempat menyembunyikan kekeringan rohani yang sedang kita rasakan. Kita boleh kelihatan sibuk untuk Tuhan, tetapi hati kita jauh daripada-Nya. Kita menyebut nama-Nya dalam setiap program, tetapi tidak pernah menyebut nama-Ny...

EMPAT TIANG GEREJA SEJATI (KPR 2: 41-47)

Image
Rev. Fazli Samil (SRPCAA) Gambar Kiasan Dewasa ini kita sering melihat bangunan gereja yang megah, sistem pelayanan yang lengkap, teknologi ibadah yang canggih, kalendar gereja yang penuh dengan pelbagai aktiviti / program. Namun, ada satu persoalan penting yang jarang diajukan: adakah kita sedang membangun gereja, atau sekadar membangun aktiviti?  atau kita mungkin sedang membangun suasana yang kelihatan rohani dari luar, tetapi kenyataannya sama sekali tiada struktur rohani yang sejati dari dalam. Gereja moden begitu sibuk mengejar strategi pertumbuhan, menetapkan warna-warni pelayanan, dan mencipta pengalaman ibadah yang lebih menyentuh perasaan, sedangkan gereja mula-mula bertumbuh tanpa memikirkan hal itu, Apa yang mereka miliki hanyalah  Injil yang diberitakan dan Roh Kudus yang bekerja. Hasilnya? Tiga ribu orang percaya dan bertobat, hal ini bukan kerana kehebatan manusia, tetapi kerana kedaulatan Allah. Jika kita perhatikan ayat  42, terdapat   empat tian...

KHUTBAH PERTAMA GEREJA MULA-MULA (KPR 2: 14-40)

Image
Rev. Fazli Samil (SRPCAA) Gambar Kiasan Khutbah pertama gereja adalah gambaran tentang bagaimana Injil sepatutnya diberitakan, iaitu dengan keberanian, dengan kebenaran, dan dengan kuasa Roh Kudus. Petrus tidak berkhutbah untuk menyenangkan hati pendengarnya, dia tidak memikat orang dengan gaya retorika atau ucapan yang manis belaka. Sebaliknya, dia berdiri dan menyatakan dengan suara keras bahawa Yesus yang mereka tolak, yang mereka salibkan, adalah Tuhan dan Mesias.  Dalam dunia sekarang, jenis khutbah sebegini mungkin dianggap terlalu kasar, terlalu tajam, atau ada yang beranggapan tidak sesuai dengan gereja kita. Tetapi dalam Alkitab, inilah jenis khutbah yang menghasilkan pertobatan sejati. Petrus tidak takut berkata, "Kamulah yang membunuh Dia." Dia tidak takut menyatakan dosa, kerana dia tahu Injil hanya bererti apabila manusia menyedari bahawa mereka benar-benar adalah orang berdosa. Inilah gambaran tentang seorang pemberita Injil yang dipakai oleh Roh Kudus. Kita t...

PENTAKOSTA: BUKAN PESTA ROHANI (KPR 2: 1-13)

Image
Rev. Fazli Samil (SRPCAA) Gambar Kiasan Jemaat-jemaat hari ini begitu bersemangat menyambut Roh Kudus, tetapi mereka gagal memahami apa yang sebenarnya berlaku ketika Roh Kudus turun. Mereka inginkan kuasa, tetapi bukan ketaatan; mereka mengejar pengalaman, tetapi lupa tujuan. Mungkin inilah rupa sebenarnya postmoden: Roh Kudus dipromosikan sebagai sensasi rohani, bukan sebagai Tuhan yang memimpin gereja menuju keselamatan dan penggenapan rencana Kristus. Beberapa perkara dapat kita belajar dari Kisah Para Rasul 2: 1-13: Roh Kudus Turun Pada Waktu dan Cara-Nya Sendiri (ayat 1-4) “Ketika tiba hari Pentakosta, mereka semua berkumpul di satu tempat... maka tiba-tiba terdengarlah bunyi seperti tiupan angin keras…” Tidak ada yang memanggil Roh Kudus. Tidak ada tarikan atmosfera rohani atau muzik yang menaikkan bulu roma, Roh Kudus turun bukan kerana doa-doa mereka nyaring bunyi dan kuat, atau kerana mereka berjaya mengaktifkan iman, tetapi kerana Tuhan berkenan menepati janji-Nya tepat pad...