Posts

Showing posts from August, 2025

PERBUATAN BAIK TIDAK MENYELAMATKAN TETAPI PENTING BAGI ORANG PERCAYA

Image
Penulis: Esther Lonnie Baking Mengapa perbuatan baik tidak boleh menjadi asas keselamatan, tetapi penting dalam kehidupan orang percaya? Perbuatan baik sahaja sememangnya tidak boleh menjadi asas keselamatan kerana keselamatan itu adalah oleh kasih karunia semata-mata (sola gratia), iaitu melalui iman (sola fide) yang berpegang kepada prinsip bahawa manusia diselamatkan hanya kerana oleh kasih karunia Allah, dan bukanlah dari usaha atau jasa manusia (Ruj. alkitab: Efesus 2:8-9 "Sebab karena kasih karunia kamu diselamatkan oleh iman; itu bukan hasil usahamu, tetapi pemberian Allah. Itu bukan hasil pekerjaanmu: jangan ada orang yang memegahkan diri."). Manusia yang telah jatuh ke dalam dosa tidak mampu menyelamatkan dirinya sendiri. Bahkan perbuatan baik manusia yang dianggap paling tulus atau luhur sekalipun tidak dapat menebus dosa di hadapan Allah yang kudus. Oleh itu, satu-satunya asas keselamatan adalah karya penebusan Yesus Kristus di kayu salib. Perbuatan baik tidak bole...

APAKAH HUBUNGAN ANTARA IMAN, KASIH KARUNIA, DAN PERBUATAN BAIK BERDASARKAN EFESUS 2: 8-10

Image
Penulis: Eduff Exl Elik Pengenalan  Surat Efesus ini telah ditulis oleh Rasul Paulus untuk jemaat-jemaat di Efesus. Dalam Efesus 2 ini adalah bahagian yang menerangkan tentang keselamatan yang telah diberikan oleh Allah kepada kita semua atas kasih karunia-Nya kepada kita melalui Yesus Kristus.  Pembahasan Paulus menggambarkan manusia sebelum mengenal Kristus adalah “MATI”. Sebelum diselamatkan, manusia hidup dalam dosa dan keinginan duniawi. Manusia juga tidak mampu untuk berbuat apa-apa untuk diselamatkan. Namun, dalam ayat yang ke-4. Walaupun manusia berdosa, kasih Allah yang sangat besar telah menyelamatkan kita. Dimana dalam ayat yang ke-5, mengatakan bahawa “telah menghidupkan kita bersama-sama dengan Kristus” dan paulus juga mengatakan bahawa “ oleh kasih karunia, kamu diselamatkan”. Ini bermaksud, Keselamatan itu bukan hasil usaha kita sendiri, tetapi kerana belas kasihan Tuhan lah yang telah menyelamatkan kita. Dalam ayat yang ke-8, Paulus mengatakan “Sebab kerana kas...

PANDANGAN REFORMED DAN PANDANGAN KATOLIK ROMA TENTANG PERBUATAN BAIK DALAM KESELAMATAN

Image
Penulis: Elka Elyna F.  Pendahuluan Isu perbuatan baik merupakan salah satu titik perbezaan paling penting antara Gereja Katolik Roma dan tradisi Reformed. Dua dokumen utama yang mewakili pandangan rasmi kedua-dua pihak dalam era pasca-Reformasi ialah Konsili Trento (1545 - 1563) dan Pengakuan Iman Westminster (1646). Kedua-duanya memberi penekanan kepada kepentingan perbuatan baik, namun kerangka teologinya adalah sangat berbeza. Pandangan Katolik Roma berdasarkan Persidangan Konsili Trento / Trente Konsili Trento merupakan persidangan majlis gereja Katolik Roma yang dilakukan sekitar tahun 1545-1563, sebagai reaksi balas kepada gerakan Reformasi Protestan. Dalam konsili ini, ditegaskan bahawa perbuatan baik merupakan hal yang penting dalam proses pembenaran yang dikaitkan dengan keselamatan. Konsili ini menegaskan bahawa seseorang diselamatkan bukan sahaja kerana iman, tetapi juga oleh tindakan kasih yang diekspresikan melalui perbuatan baik. Konsili Trento menolak doktrin sola f...

REFLEKSI PRAKTIKAL: 5 PERBUATAN BAIK YANG BOLEH DILAKUKAN DALAM MINGGU INI SESUAI KEHENDAK TUHAN

Image
Penulis: Bellen S. Fred Pemahaman tentang perbuatan baik yang seringkali dikotbahkan dalam gereja masa kini, selalu berkait rapat dengan berkat. “Buatlah perkara yang baik kepada orang lain, agar Tuhan memberkatimu”, frasa seperti ini menjadi salah sekiranya tiada dasar pemahaman yang betul. Perbuatan baik boleh kelihatan seperti moralistik atau nilai murni kehidupan yang seseorang perlu hidupi, namun definisi ‘baik’ hanya dapat dilihat baik oleh yang menciptakan kebaikan (Kejadian 1). Dalam arti kata lain, apa yang kelihatan baik di mata manusia tidak semestinya baik di mata Tuhan. Maka, adalah penting untuk memahami siapa Tuhan ini untuk melakukan perbuatan baik. Bagi saya, topik ini mendorong saya untuk membuat refleksi diri. Seorang yang percaya kepada Tuhan akan melakukan perbuatan baik kerana Yesus sudah menyelamatkannya, dan bukan sebaliknya, seperti yang difahami oleh kebanyakan orang. Perbuatan baik ini merupakan buah-buah dan bukti dari iman percaya kepada Yesus. Perbuatan ya...

MAKNA "KAIN YANG KOTOR" DALAM YESAYA 64:6

Image
Penulis: Moni Andrias Pendahuluan Dalam Yesaya 64:6, nabi Yesaya menggambarkan keadaan rohani umat Tuhan yang berdosa dengan menggunakan frasa “kain yang kotor.” Ayat ini menunjukkan betapa seriusnya dosa manusia di hadapan Tuhan yang kudus, walaupun manusia sering merasa dirinya "baik" melalui amal dan kesalehan. Ini bukan sekadar kotor yang biasa, tetapi sesuatu yang dianggap cemar secara ritual dan moral. Pembahasan Frasa "kain kotor" dalam bahasa Ibrani adalah "beged ‘iddim" ( עִדִּםי בֶּ֥גֶד ), yang secara harfiah merujuk kepada kain lap menstruasi atau kain lap haid, dianggap najis menurut hukum Taurat (Imamat 15:19-24).(Ini menggambarkan betapa buruknya rohani kita dihadapan Allah yang maha Suci) Dengan menggunakan gambaran ini, nabi Yesaya menyatakan bahawa segala kesalehan dan perbuatan baik manusia tidak dapat menyelamatkan nyawanya dari penghukuman kekal atau dari murka Allah (kematian kekal), tanpa pertobatan dan anugerah dari Tuhan, adalah naj...